Trip ke Mersing ni sebenarnya tidak dirancang, kami tawakal je terjah, selepas hampir 10 chalet di Pengkalan Balak kesemuanya full house. Sebenarnya dah booking a few weeks ago Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang utk. surprise kan birthday abg. Cancel je sbb takde bayar depo. pun.
Pagi tu tu sgt moody, mujur suami yg arahkan anak2 apa yg. perlu dibawa, kami bertolak jam 9.45 pagi.
Sampai di Kahang, Kluang, kami singgah di masjid Kampung Contoh. Memang itu namanya, makan juadah tengahari yg aku masak. Selera sungguh anak2 dan suami, padahal ayam kicap dan bendi bilis goreng belacan je.. tak habis2 suami aku memuji. Asmaa' makan aku yg suapkan, dia muntah sebab jalan bengkang bengkok tadi, kiri kanan kelapa sawit sahaja.. Ramai juga yg. singgah masjid tu, geng2 basikal, family bermusafir, abg2 lori.. betul2 sebelah kebun durian masjidnya.. teruja aku.
Teruskan perjalanan, kami lihat pemandangan sawah padi yg baru naik menghijau, memang cantik sangat pemandangan. Tak sangka aku yg. Johor juga ada sawah, aku ingat nanas jeðŸ¤
Sampai di Air Papan Beach Resort, kami berehat sekejap, anak2 dah tak sabar nak mandi kolam.. duduk sekejap luruskan badan mana yang patut
Petang, kami ke pantai pula, aku..asalnya nak duduk je temankan anak mandi, diorang excited sungguh, aku takut2 juga sbb ombaknya agak kuat, last2 aku pun sama masuk laut tu, abg kata, baby dalam perut tu nak berenang juga, terapi katanya.. ermm bajupun dah basah, apa lagi, dgn ummi2 sekali main ombak
Subhanallah..apa lagi perasaan yg dapat kugambarkan ya Allah melihat ciptaanMu.. sungguh, aku dan pantai tak dapat di
pisahkan..
Malam seusai solat jamak, surprise kek hari jadi utk abg.. memang terkejut dia tanya kat mana sorok kek dalam kereta? oo patutla nak sgt peti ais.. hehe nampak mcm ati ni garang kan.. mestilah customet always right, ni kisah gara2 peti sejuk tak sejuk.. budak hotel
tu angkut peti dari bilik lain..😊
"Kek Mamasab terbaik, ummi cod terjah grup bisnes Mersing dlm FB."
Apapun Air Papan Beach Resort cepat handle problem, petang tu tiba2 takde air, water pump rosak, abg angkut air pakai baldi dari paip luar.. hehe kenangan sungguh.. yg bestnya kami diberi check out lewat hingga pukul 1 sbb pengurusan hotel kata takde air semalam, dan dapat duit rm50.. jadi bayaran utk. 1 malam RM 220.. okla tu, tolong bmf. Lagipun afiq ada google meet sampai 1230 tghr.. ummi pun rehat sblm prjlnn balik lagi 6 jam..
"Gambar waktu malam sblm nk pergi makan, air laut bermandikan cahaya bulan penuh"
Alhamdulillah Allah selamatkan semua.. kami rehat di Masjid Kampung Paroi dan dinner di Siti Aisyah Seafood.. seronok tgk anak2 dan suami makan bertambah.. sampai rumah tepat jam 10 malam.. Kami bertolak petang jam 3 lebih, singgah di Masjid Muazzam dan Pantai Barnas Kuala Rompin.. First time ku lalu Tanjung Gemuk.. ha.. tahu tak tempat apa tu.. kebanyakan ikan2 fresh pasar selayang asalnya dari situ kata abg..
Kenangan ini menjadi lipatan memori di hari tua.. terima kasih abg...












No comments:
Post a Comment